PENGERTIAN ISLAM
Pengertian Islam mentauhidkan ALLAH S.W.T, tunduk dan patuh kepadanya serta menunaikan semua ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W
Dalil Pengertian Islam
Hadis Rasulullah S.A.W
Maksudnya
"Malaikat Jibrail a.s. berkata (bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Wahai Muhammad! beritahu kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam" maka Rasulullah S.A.W menerangkan (dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadah (menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH S.W.T dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W ialah pesuruh ALLAH S.W.T dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan ramadhan, dan juga engkau mengerjakan haji ke baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya."
(Riwayat Muslim)
PENGERTIAN IMAN
Membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W
Dalil Pengertian Iman
Hadis Rasulullah S.A.W
Maksudnya
"Berkata ia (Jibrail) "berilah tahu kepada ku tengang iman - Nabi S.A.W menerangkan (iman itu ialah) engkau beriman kepada ALLAH S.W.T malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya, serta h ari akhirat dan engkau aberiman kepada takdir (yang ditentukan oleh ALLAH S.W.T) baiknya dan buruknya" (mendengarkah yang demikian ia berkata "benarlah apa yang tuan katakan itu)"
(Riwayat Muslim)
PENGERTIAN IHSAN
Melakukan Ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa ALLAH S.W.T sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya
DALIL PENGERTIAN IHSAN
Hadis Rasulullah S.A.W
Maksudnya
"Berkata ia (Jibrail) berilah tahu kepada ku tentan ihsan" Nabi S.S.W menerangkan: "(ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kepada ALLAH S.W.T seolah-olah engkau melihatnya sekiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa ALLAH S.W.T tetap melihat serta memerhatikan keadaan mu"
(Riwayat Muslim)
PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
Di antaranya:
Manusia diciptakan untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T
Manusia adalah khalifah ALLAH S.W.T
Menjadikan Islam sebagai cara hidup
ISLAM ADALAH CARA HIDUP
Iltizam dan patuh kepada hukum Islam
Hubungan baik sesama manusia
Mengiktiraf hak-hak orang lain
Bersikap sederhana
Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
Bersyukur dan bertawakkal
GANJARAN MENTAATI ALLAH S.W.T
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya: "bagi, mereka (syurga) dar al-salam (tempat tinggal yang aman sejahtera) disisi tuhan mereka dan dialah (ALLAH S.W.T) penolong mereka disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan"
(Surah Al-An'am: ayat 127)
PERANAN AQIDAH KEPADA INSAN
PERANAN AQIDAH DALAM RUMAHTANGGA
Benteng menghadapi masalah
Membina pergaulan baik suami isteri asas pengurusan keluarga
Sikap bertanggungjawab
Semangat berusaha
Bersyukur dan qanaah (berpada-pada)
PENYELESAIAN PERSOALAN HIDUP
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada ALLAH S.W.T dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH S.W.T dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya"
(Surat al-nisa; ayat 59)
PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH
Mensyirikkan/menyembahkan selain daripada ALLAH S.W.T
Mengingkari dan mempersendakan hukum ALLAH S.W.T
Mempercayai ada kuasa lain selain daripada ALLAH S.W.T boleh memberikan kesan
Menolak Al-Quran dan Al-Sunnah
Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
KESAN TERBATALNYA AQIDAH
Terbatalnya ikatan perkahwinan (suami isteri)
Menghilangkan hak mempusakai
Menghilangkan hak perwakilan
Tidak boleh dikebumikan di perkuburan orang Islam
Menghilangkan hak keistimewaan orang Islam
RAHMAT ALLAH S.W.T KEPADA INSAN
Firman ALLAH S.W.,T
Maksudnya
"Dan (tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa tentulahkami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul kami) lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
(Surah Al-A'raf:ayat 96)
NYATAKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH
Percaya alam ini qadim (sedia kala)
Percaya alam ini baru
Tidak mempercayai rasul dan Nabi S.A.W
Tidak percaya ada dosa dan pahala
Malas/Cuai bersembahyang
Tidak percya adanya nikmat dan seksa kubur
Tidak percaya ada syurga dan neraka
Tidak percaya Islam agama terbaik
Memakai salib
Beli loteri
Menonton filem lucah
Berzina
UNIT 2: IBADAH
PENGERTIAN IBADAH
Satu pengabdian yang dilakukan dengan cara tunduk dan merendahkan diri, dilakukan dengan hati yang ikhlas kepada ALLAH S.W.T menurut cara-cara yang ditentukan oleh Syara'
PERANAN IBADAH
KHUSUS → FARDHU AIN
UMUM → FARDHU KIFAYAH
PEMBAHAGIAN HUKUM SYARA'
WAJIB
SUNAT
HARAM
MAKRUH
HARUS
PERANAN IBADAH
Menguatkan Iman
Untuk Kawalan Diri
Menguatkan Rohani
Mendapat Rahmat
Membentuk Akhlak Mulia
KELEBIHAN MENGERJAKAN IBADAT
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata "Tuhan kami ialah ALLAH S.W.T kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan Iman dan Tauhidnya itu) maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka ahli syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan
(Al-Ahqaaf: ayat 13-14)
PENGERTIAN DAN HUKUM BERSUCI
Membersihkan diri daripada hadas kecil dan besar
Membersihkan diri, pakaian, tempat tinggal dan lan-lain daripada najis dan kekotoran
Hukum bersuci adalah wajib
KELEBIHAN BERSUCI
Menjadikan badan segar serta sihat
Menguatkan rohani dan jasmani
Menjauh daripada dihinggapi penyakit, sifat keji dan godaan syaitan
Dapat menunaikan ibadah dengan sempurna
Mendapat keredaan ALLAH S.W.T dan ganjaran pahala
PEMBAHAGIAN NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA
- Ringan - Lap dan renjiskan air
- Sederhana - Basuh hingga hilang najis (bau, warna dan rasa)
- Berat - Basuh 7 kali, 1 kali dengan air tanah
Peringatan! - dilarang menggunakan makanan dan tulang
JENIS-JENIS AIR
Mutlak - air yang suci lagi menyucikan (air telaga, air hujan, air laut, sungai, air embun dan salji)
Musta'mal - air yang sudah digunakan atau bercampur dengan air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas kecil dan besar
Musyammas - air yang terjemur di bawah panas matahari di dalam bekas yagn berkarat
Mutanajjis - air yang kurang daripada 2 kolah dan bercampur dengan najis
CARA-CARA BERSUCI
Istilinja'
Wuduk
Tayammum
Mandi
PEMBAHAGIAN SOLAT
→ KIFAYAH
FUNGSI BERSUCI KEPADA INDIVIDU
Antaranya:
Menghayati Tuntutan Islam
Membersih rohani dan jasmani
Mendatangkan kesihatan dan kecergasan diri
Menghayati tuntutan Islam
Mendapat petunjuk dan rahmat
Membentuk kawalan diri
Membentuk keperibadian yang mulia
PERANAN BERSUCI DAN SOLAH KEPADA RUMAHTANGGA
Antaranya:
Membawa rahmat ALLH S.W.T
Membina kasih sayang
Memperolehi ketenangan
Menghindarkan diri melakukan maksiat
Membina disiplin dan akhlaq yang mulia
Menjadikan keluarga sihat dan bahagia
AKIBAT ABAIKAN IBADAT
UNIT 3 : Akhlaq
UMAT TERBAIK
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Adalah kamu sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk menusia supaya kamu menyuruh kepada kebaikan (makruh) dan melarang daripada kemungkaran serta beriman kepada ALLAH S.W.T."
(Ali- Imran:ayat 11)
RASULULLAH S.A.W CONTOH TERBAIK
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang terbaik"
(Surah Al-Ahzab: ayat 21)
KASIH SAYANG SUAMI ISTERI
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan, Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
(Surah Al-Rum: ayat 21)
AKHLAQ SUAMI ISTERI
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Pergaulilah isteri dengan sebaik-baiknya. Jika kamu benci terhadap mereka maka bersabarlah kerana kemungkinan kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH S.W.T menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
(Al-Nisa': ayat 19)
AKHLAQ SUAMI
- Bersifat taqwa
- Kasih sayang dan belas-kasihan
- Bergaul dengan secara baik
- Bertanggungjawab
- Bersikap terbuka dan bertolak ansur
- Mengamalkan kebijaksanaan
- Musyawarah
- Memberikan contoh yang baik
Rasulullah S.A.W bersabda
Maksudnya
"Sesungguhnya lelaki mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik tingkahlakunya dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya."
(Riwayat At-Turmizi)
AKHLAQ ISTERI
Bersifat taqwa
Mentaati suami
Menghias diri untuk suami
Mencintai dan mengasihi suami
Memelihara kehormatan diri dan harta suami
Menjaga rahsia rumahtangga
Melaksanakan kepimpinan selaku isteri
Mendapat keizinan suami
Rasulullah S.A.W bersabda
Maksudnya
"Sebaik-baik perempuan/isteri ialah bila engkau menatap kepadanya menggembirakan hati engkau, dan bila engkau suruh dia mengikut perintah engkau, bila engkau bersumpah atasnya, dia berbuat baik terhadap engkau, dan bila engkau tiada dirumah dia menjaga dirinya dan harta engkau."
(Riwayat Al-Nasai)
PERKARA YANG PERLU DIHINDARI
Membesarkan masalah yang remeh
Mengabaikan perasaan pasangan
Tidak ambil berat hal agama
Mengabaikan sopan santun
Menghina pasangan atau keturunan
Cemburu buta
Menyakiti hati pasangan
STRATEGI MEMBINA AKHLAQ TERPUJI
Memahami matlamat kejadian diri
Menghayati tuntutan Islam
Mempertingkatkan ilmu
Menghayati kehidupan berjamaah
Mempertingkatkan ibadah
Memperbaiki kelemahan
Muhasabah diri
Menjalinkan kasih sayang
UNIT 4: PERKAHWINAN PROSEDUR
PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN
PEMILIHAN CALON ISTERI
Rasulullah S.A.W bersabda
Maksudnya
Kahwinilah wanita kerana empat perkara, kerana harta,kerana keturunan, kerana kecantikan dan kerana agamanya pilihlah wanita yang beragama, nescaya akan selamat
(Muttafaqun' Alaih)
KRITERIA CALON SUAMI
Rasulullah S.A.W. bersabda
Maksudnya
"Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar."
(At-Turmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim)
LARANGAN SEMASA BERTUNANG
Rasulullah S.A.W bersabda
Maksudnya
"Janganlah seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya,maka sesungguhnya yang ketiga antara keduanya ialah syaitan melainkan mahram (atau bersama mahram)"
(Riwayat Ahmad)
PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Dari segi Bahasa - Himpun, kumpul dan cantun
Dari segi Istilah - Akad yang menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita yang diharuskan berkahwin
MATLAMAT PERKAHWINAN
Untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat rahmat serta keredhaan ALLAH S.W.T mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syara'
HIKMAH PERKAHWINAN
Memelihara diri daripada melakukan perkara yang haram
Memelihara kesucian keturunan
Membentuk keluarga dan menyusun masyarakat
Menghubungkan silaturrahim
HUKUM PERKAHWINAN
Harus
Sunat
Wajib
Makruh
Haram
RUKUN PERKAHWINAN
- Calon Suami - Pengantin Lelaki
- Calon Isteri - Pengantin Perempuan
- Wali
- Dua Orang saksi
- Sighah (Ijab dan Qabul)
SUSUNAN WALI
Bapa, datuk dan seterusnya ke atas
Saudara lelaki seibu-sebapa
Suadara lelaki sebapa
Anak lelaki dari saudara lelaki seibu sebapa
Anak lelaki dari saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah
Saudara lelaki ayah seibu sebapa (Bapa Saudara)
Saudara lelaki ayah sebapa (Bapa Saudara)
Anak lelaki dari saudara lelaki seibu-sebapa
Anak lelaki dari saudara lelaki ayah sebapa dan seterusnya sampai ke bawah
Wali Hakim
HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI
Nafkah
Mendidik dan menyuruh isteri melakukan perkara makruh dan meninggalkan perkara mungkar
Adil
Melayani isteri dengan makruh
Memberi perlindungan/keselamatan
NAFKAH
Firman ALLAH S.W.t
Maksudnya
"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempit rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan ALLAH S.W.T kepadanya (sekadar yang mampu) ALLAH S.W.T tidak memberkati seseorang melainkan (orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) ALLAH S.W.T akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan."
(Surah Al-Talaq : ayat 7)
HAK DAN TANGGUNGJAWAB ISTERI
Tunaikan hak ALLAH S.W.T
Taat suruhan suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan Syara'.
Melayan suami dengan ma'ruf (baik)
Menghias diri
Memelihara kehormatan diri dan harta suami
HAK DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Kasih sayang
Bekerjasama
Amanah
Istimta' dan hubungan kelamin
Menghormati pasangan dan persemendaan
Merancang bersama bagi kesejahteraan keluarga
Perbincangan/Mesyuarat
Mendidik anak-anak
Urus rumahtangga
Hak pesaka mempesakai
Sabit nasab anak kepada kedua ibubapa
Menjaga maruah suami isteri
PROSEDUR PRA PERKAHWINAN
Tiada halangan perkahwinan
Perjanjian untuk berkahwin (bertunang)
Mematuhi Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri
Hadir kursus pra perkahwinan sijil kursus yang diakui oleh Jabatan Agama Islam (sah laku untuk selama-lamanya)
Mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin (yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam berkenaan)
PIHAK-PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN PERKAHWINAN
Yang di Pertuan Agong/Sultan Melantik:
Hakim Syarie di Mahkamah Syariah
Ketua Pendaftar Nikah,Cerai dan Rujuk
Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah - Bidangkuasa meneliti/mengesah, melulus dan mendaftarkan Nikah, Cerai dan Rujuk
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN PASANGAN DARI KARIAH/DAERAH YANG SAMA
Borang permohonan kebenaran kahwin boleh diperolehi dari Pejabat Agama Daerah yang berdekatan
Melampirkan dokumen yang berkaitan
Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Ketua Pendaftar/Pendaftar Nikah Mukim, Kariah
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI KARIAH/MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG BERLAINAN
Dapatkan borang permohonan kahwin dari negerinya
Melampirkan dokumen yang berkaitan
Mengemukakan permohonan kepada Ketua Pendaftar/Pendaftar negerinya
Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Ketua Pendaftar/Pendaftar negeri tempat berkahwin
Isi borang permohonan kahwin di tempat/negeri perkahwinana itu hendaklah dilangsungkan (jika perlu)
LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA
Perakuan daripada Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk negeri yang berkaitan
Salinan Kad Pengenalan pemohon, wali dan saksi
Surat status bujang/dara surat pengesahan majikan
Surat perakuan cerai
Surat daftar kematian
Sijil kursus pra perkahwinan
Surat perakuan masuk Islam
Surat kedutaan berkenaan bagi warga asing
Surat akuan sumpah
Surat kebenaran daripada imigresen
LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKAITAN
Surat kebenaran berkahwin di bawah umur bagi lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun ke bawah
Surat kebenaran berkahwin secara poligami
Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias
PERKAHWINAN YANG PERLU KEBENARAN MAHKAMAH
Poligami
Kahwin bawah umur
Menggunakan wali hakim
Janda Berhias
PERKAHWINAN YANG MEMERLUKAN WALI HAKIM
Tidak mempunyai wali nasab
Wali akrab menunaikan haji atau umrah
Wali akrab sengaja enggan
Anak tidak sah taraf
Saudara baru tiada wali nasab
Wali berjauhan dari wanita kadar 2 marhallah atau 96 kilometer
Wali ghaib (hilang) tidak dapat dikesan
Wali akrab berkahwin dengan pemohon (wanita) yang tiada wali setaraf
PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Surat kebenaran berkahwin
Isi borang pendaftaran berkahwin
Upacara akad nikah
Bacaan taklik oleh pengantin lelaki
Bayaran (fee)
Surat perakuan berkahwin dan akad nikah dikeluarkan dalam tempoh sebulan
PENDAFTARAN RUJUK
Rujuk dalam iddah
Lafaz rujuk oleh suami
Lapor dan isi borang perakuan rujuk di Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk
Bayaran (fee)
Surat perakuan rujuk dikeluarkan selpeas keputusan cerai didaftarkan
KESALAHAN/PENALTI
Perkahwinan tanpa kebenaran
Memberi kenyataan palsu
Perkahwinan poligami tanpa kebenaran
Rujuk tanpa persetujuan isteri
Tidak mendaftar rujuk
Tidak mendaftarkan perkahwinan luar negara
BAHAGIAN 2 : PENGURUSAN KELUARGA
UNIT 1 : HUBUNGAN DALAM KELUARGA
ISU-ISU HUBUNGAN DI AWAL PERKAHWINAN
Perkahwinan dan walimah
Masalah pasangan baru berkahwin
Mengenali kelemahan diri
Mengenali kekuatan diri
Cara mewujudkan kecemerlangan diri
Penyesuaian diri di tahap awal perkahwinan
1. PERKAHWINAN DALAM WALIMAH
KEPENTINGAN KENDURI KAHWIN (WALIMAH)
Menjauhkan diri fitnah
Tujuan ketaqwaan dan keberkatan
Mengembirakan pasangan pengantin
Mengirat silatulrahim keluarga
Bersedekah (jamuan agama) mengikut kemampuan
Mengadakan kenduri kahwin sunat muakadah
Sabda Rasulullah S,.A.W
Maksudnya
"Walimah itu adalah satu hak dan satu sunnah, maka barang siapa yang dijemput tetapi ia tidak menghadirinya maka sesungguhnya derhakalah ia"
(Riwayat Abu Asy-Syeikhdari Al-Thabrani)
2. MASALAH PASANGAN BARU BERKAHWIN
Ekonomi belum stabil
Konflik dan tekanan
mementingkan keluarga sendiri
Tidak mengenali keluarga pasangan
Perbezaan kesanggupan dan keinginan
Berpoligami dan bermadu
Indah khabar dari rupa
Gagal menyesuaikan diri atau putus asa
3. MENGENALI KELEMAHAN DIRI
Emosional
Bodoh/degil
Menuduh
Cabaran buruk
Cepat marah
Lalai/Alpa/Malas
Cemburu buta
Suka menyakiti
Enggan mengalah
Menghina
Cerca
Boros/tamak
4. MENGENALI KEKUATAN DIRI
5. CARA MEWUJUDKAN KECEMERLANGAN DIRI
Mengakui kelemahan diri dan menguruskannya
Bekerjasama mengatasi cabaran dan ujian dari ALLAH S.W.T
Keyakinan dan toleransi
Bersikap positif terhadap peranan dan tanggungjawab
Berdoa dan mengharap pertolongan dari ALLAH S.W.T
Membaca Al-Quran, Hadis, berzikir dan solat berjamaah
MENGENALI DIRI PASANGAN
Menerima pasangan sebagaimana adanya
Cinta, kasih dan sayang pasangan kerana ALLAH S.W.T
Menerima budaya dan adat resam pasangan
Menerima nilai gaya hidup yang baik
Mengetahui kelemahan dan kekuatan diri
Memahami latar belakang keluarga
6. PENYESUAIAN SUAMI ISTERI DI AWAL PERKAHWINAN
Memahami adab perhubungan dengan pasangan
Mengenalpasti perbezaan pada diri pasangan
Mengutamakan perbincangan
Pengurusan rumahtangga diurus bersama
Menerima perbezaan budaya
MENGENALI KELUARGA PASANGAN
BATAS-BATAS PERGAULAN DALAM KELUARGA
Mewujudkan pergaulan yang baik
Menjaga batas aurat dalam keluarga
Elakkan perbuatan sumbang mahram
Menyediakan bilik-bilik ahli keluarga
Minta izin memasuki bilik ibubapa atau sebaliknya
Elakkan menonton bahan-bahan lucah
KELAHIRAN ANAK YANG PERTAMA
Persediaan sebelum kelahiran
Permulaan tanggungjawab sebagai ibubapa
Diazankan dan qamat pada bayi
Menjaga kesihatan dan keselamatan ibu serta bayi
Kenduri aqiqah dan memberi nama yang baik
Sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak
HUBUNGAN KELAMIN SUAMI ISTERI
ADAB HUBUNGAN KELAMIN
Bersih diri dan berwuduk
Solah sunat
Bahasa cinta (menyatakan hasrat untuk bersama)
Pasangan bersedia dalamkeadaan yang selesa dan masa yang sesuai
Cumbuan dan ransangan terlebih dahulu
Membaca doa pelindung
Keadaan yang selesa
Kepuasan bersama
Kesederhanaan
Basuh dan berwuduk (sekiranya ingin mengulangi kali yang berikutnya)
Tidak menyebarkan rahsia
PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH
Mengauli isteri secara luar tabii
Menyetubuhi isteri ketika haid/nifas
Semasa dalam ihram
Sedang berpuasa di bulan Ramadhan
Dalam rumah ibadah
Di tempat terbuka
Isteri tidak sihat/sakit
Sekiranya isteri dalam keadaan haid diharuskan isteri melakukan "istimata" (merasai kenikmatan) kepada suami untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar
KESAN KEGAGALAN HUBUNGAN KELAMIN
TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBUBAPA
- Wajib taat dan berbakti kepada ibubapa
- Menunaikan amanat dan pesanannya
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa, jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkata"Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun)"
(Surah Al-Israa':ayat 23)
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata). "Wahai tuhanku cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik ku semasa kecil"
(Surah Al-Israa:ayat 24)
BAKTI ANAK KEPADA IBUBAPA
A : Semasa Hidup
B : Selepas Mati
Berdoa
Menziarahi kubur
Melaksanakan silaturrahim keluarga, ibubapa, sahabat handai
Mengqada'kan puasa yang terhutang
Menjelaskan hutang piutang
HUBUNGAN BAIK DENGAN MENTUA
CARA MEWUJUDKAN HUBUNGAN DENGAN MENTUA
KEPENTINGAN JIRAN
CARA MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN JIRAN
Hormat menghormati
Baik sangka
Tolong menolong
Menziarahi
Memenuhi jemputan
Mengiringi jenazah
Sabda Rasullulah S.A.W
Maksudnya
"Diantara kebahagiaan seseorang muslim ialah mempunyai jiran yang baik, rumah yang luas dan kenderaan yang selesa"
(Riwayat Ahmad)
UNIT 2 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
TUJUAN PENGURUSAN KEWANGAN
KAWAL PERBELANJAAN KELUARGA
Tahu sumber pendapatan
Tahu aliran wang
Elakan pembaziran
UNTUK MENUNAIKAN IBADAT
MENJADI PENGGUNA YANG BAIK
MENYIMPAN UNTUK MASA DEPAN
PROSES MERANCANG PERBELANJAAN
| Langkah 1 | Tentukan matlamat | Keperluan Asas :70% |
| Langkah 2 | Tentukan jumlah pendapatan | |
| Langkah 3 | Agihan perbelanjaan | Kehendak/Kemewahan:20% |
| Langkah 4 | Rekod perbelanjaan sebenar | |
| Langkah 5 | Memeriksa perbelanjaan | Simpanan : 10% |
| Langkah 6 | Membuat penilaian | |
KATEGORI PERBELANJAAN
| KEPERLUAN ASAS | KEHENDAK/KEMEWAHAN | SIMPANAN |
- Tempat tinggal
- Makan & minum
- Pakaian
- Pendidikan
| - Perabot
- Kenderaan
- Perhiasan
| - Ibadat
- Kebajikan Ibubapa
- Derma
- Masa depan
|
MENGAWAL PERBELANJAAN KELUARGA
KESAN PENGURUSAN KEWANGAN YANG BAIK
Meningkatkan kehormonian keluarga
Menyelamatkan dari bebanan hutang
Mendapat keberkatan ALLAH S.W.T
Menstabilkan ekonomi keluarga
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
(Surah Al-Asr:1-3)
Sabda Rasulullah S.A.W
Maksudnya
"Rebutlah lima masa sebelum datang lima masa:"
Masa muda sebelum tua
Masa sihat sebelum sakit
Masa kaya sebelum papa
Masa lapang sebelum sibuk
Masa hidup sebelum mati
(Riwayat Al-Baihaqi)
PENGURUSAN MASA
Setiap individu diberi masa 24 jam
Urus masa dengan baik
Masa adalah usia
Usia adalah amanah ALLAH S.W.T
Jadualkan aktiviti harian
AKTIVITI HIDUP DALAM RUMAHTANGGA YANG UNGGUL
Pengurusan rumahtangga
Pekerjaan
Rekreasi bersama keluarga
Istirehat
Ibadah
Perhatian kepada keluarga
Kebersihan diri dan persekitaran
Kebajikan
PENGURUSAN RUMAHTANGGA
Menyediakan pendapatan keluarga
Teguhkan sosio ekonomi keluarga
Sumber yang halal dan baik
Tekun dan gigih
REKREASI BERSAMA KELUARGA
Sukan/beriadah
Ziarah/melawat
Bercuti
Balik kampung
Memenuhi hobi/minat
Hari-hari perayaan
ISTIREHAT
Tidur
Rehat
Jagaan semasa sakit
Mengurangkan tekanan
Melakukan hobi/kegemaran
Bersendirian/zikir
Menikmati keindahan alam
IBADAH
Fardu dan sunat
Pendidikan dan suhan
Berjamaah di surau/masjid
Latihan dan bimbingan
Gudwah halsanah (role model)
Mengikuti kelas-kelas agama
Menjaga pergaulan (aurat adab dan adat)
Memenuhi keperluan asas
Kasih sayang/timbang rasa
Ambil berat dan kerjasama
Berusaha meningkatkan kerohanian
PERHATIAN KEPADA KELUARGA
KEBAJIKAN
KEBAJIKAN PENGURUSAN MASA
Dapat menguruskan aktiviti seharian dengan sempurna
Masa dapat di manfaatkan sepenuhnya
Dapat menentukan keutamaan
Mengeratkan hubungan di antara ahli keluarga
UNIT 3 - PENGURUSAN KESIHATAN
TAFSIRAN KESIHATAN
"KESIHATAN IALAH SUATU KEADAAN KESEJAHTERAAN FIZIKAL, MENTAL DAN SOSIAL YANG SEMPURNA DAN BUKAN SEKADAR KETIADAAN PENYAKIT ATAU KELEMAHAN SAHAJA:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
PANDANGAN ISLAM MENGENAI KESIHATAN
Kesihatan ialah satu keadaan bukan sekadar kesempurnaan fizikal, mental dan sosial malahan juga kesejateraan rohani dan jiwa serta bebas dari segi penyakit dan kecederaan
KATA-KATA HIKMAH
Maksudnya
"Akal yang sihat dan bernas hanya terdapat pada orang memiliki tubuh badan yang sihat"
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN KELUARGA
Gaya hidup
Genetik dan keturunan
Penyusunan keluarga
GAYA HIDUP SIHAT
Mengamalkan pemakanan seimbang
Menhadkan pergaulan sosial
Jauhi seks rambang
Siflis, Gonoreal, Hepatitis B, C, HIV
Tabiat harian yang baik
Menjaga persekitaran tempat tinggal, kerja
Menjauhi dadah, rokok, arak
Mengamalkan senaman secara berkala
Elakkan perkara yang boleh membawa stres/konflik
Rehat yang cukup untuk memulihkan kecederaan
HIV/AIDS
AMALAN KESIHATAN MENTAL YANG BAIK UNTUK KELUARGA
Saling membantu dalam tugas harian
Bahagikan masa dengan bijak untuk keluarga
Amalkan nilai-nilai agama dalam keluarga
Beri perhatian terhadap pergaulan anak-anak, kenali kawan-kawan mereka
Ambil bahagian dalam aktiviti anak
Saling menghormati dan memahami sesama ahli keluarga
Ketahui keupayaan masing-masing dan hargai usaha mereka
FAKTOR GENETIK
Zuriat yang bakal dilahirkan boleh mengidap penyakit yang sukar diubati Contoh: Thallasemia, sawan, Asma, Gila
Elakkan berkahwin dengan:
Kaunseling genetik dan redha dengan ketentuan ALLAH S.W.T
ALLAH S.W.T menggalakkan umatnya berkahwin dan mendapatkan zuriat
Anak-anak hendaklah dijaga dengan penuh kasih sayang dan diberikan pendidikan yang sempurna
Menyusun keluarga dengan cara: merancang jarak kelahiran anak
KEBAIKAN MENYUSUN KELUARGA
Kurang kadar kematian ibu dan kanak-kanak
Menjaminkan kesihatan ibu dan anak
Membolehkan ibu-ibu merancang kelahiran pada peringkat umur yang selamat
Mengelakkan kelahiran yang tidak diingini
Mencegah pengguguran
Mendapat khidmat kaunseling untuk ibu-bapa yang berpenyakit
KEHAMILAN DAN KELAHIRAN
Kematangan fizikal
Umur tidak kurang daripada 18 tahun
Perubahan fisiologi
Proses kelahiran
Umur lebih daripada 40 tahun boleh memberikan risiko pada ibu dan bayi
Menjauhi penyakit ie. penyakit berjangkit ataupun penyakit tidak berjangkit
Penjagaan dan pemeriksaan kesihatan semasa hamil
Jadual lawatan
Tanda-tanda hamil
Masalah semasa hamil
Pemakanan - jangan berlebihan/jangan berkurangan
Kelahiran yang selamat
Adat kepercayaan dan pantang larang
PENJAGAAN BAYI
Imunisasi bagi bayi
Penyusuan susu ibu
khasiat untuk bayi
faedah untuk ibu
PERANCANG KELUARGA YANG DISEDIAKAN
Pil perancang
Suntikan hormon
Susuk hormon
Alat dalam rahim
Kondom
PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA BERKALA
KEBAIKAN PENGURUSAN KESIHATAN KELUARGA
Menjamin kesejahteraan dan kehormonian keluarga
Mengelakan daripada berlaku perceraian yang berpunca daripada masalah kesihaltan
Dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna
UNIT 4 : KOMUNIKASI SUAMI ISTERI
Penyampaian atau pertukaran pesanan (mesej) maklumat, fikiran dan perasaan di antara suami isteri
BENTUK KOMUNIKASI SUAMI ISTERI
Pertuturan bersemuka
Bahasa bukan pertuturan
Penggunaan perantaraan
BENTUK BAHASA BUKAN PERTUTURAN
Air muka/mimik muka
Gerakan anggota badan
Nada suara
Kedudukan badan
Sentuhan
Penampilan diri
Pemberian hadiah
PRINSIP KOMUNIKASI SUAMI ISTERI
KEPENTINGAN KOMUNIKASI
TEKNIK KOMUNIKASI
Mempunyai matlamat yang baik
Mempunyai mesej yang baik
Menggunakan cara yang berkesan
CARA BERKOMUNIKASI YANG BERKESAN
Bersopan santun dan lemah lembut
Menggunakan panggilan mesra dan sesuai
Elakkan bercakap serentak
Mendengar dengan aktif tanpa menilai
MATLAMAT YANG BAIK
Nasihat
Peringatan
Kegembiraan
Pendidikan
MESEJ YANG DISAMPAIKAN
Nada suara yang jelas
Bahasa yang difahami
Perkataan yang sesuai
Masa dan keadaan yang sesuai
Mempunyai persediaan dari segi mental, fizikal dan penampilan
Menggunakan mesej yang jelas dan khusus
Beri tumpuan
Meminta penjelasan
FAKTOR YANG MEROSAKKAN KOMUNIKASI SUAMI ISTERI
Mempunyai andaian yang salah
Inginkan pasangan ysng serupa dengan diri sendiri
Mengunkit, menyakiti, bangga diri
Mencari kesalahan pasangan
Terlalu cemburu
Terlalu ingin berkuasa
Menggunakan bahasa yang boleh memutuskan hubungan suami isteri
Meremehkan pasangan
Ego dan sensitif
MENGAWAL KEMARAHAN
Istighfar
Berwuduk
Elakkan berdiri semasa marah
Sabar
Elakkan mengguna perkataan yang membangkitkan kemarahan/menyalahkan pasangan
Mengalah
Menyedari dan mengakui kesalahan dan kesilapan diri
Maaf dan memaafkan
Sentuhan mesra
Mengakui kesilapan/kelemahan
PERKARA YANG PATUT DIAMALKAN DALAM BERKOMUNIKASI
LAKUKAN AKTIVITI BERSAMA
MEMBERI DAN MENERIMA TEGURAN
KEBAIKAN KOMUNIKASI
Hubungan lebih baik dan mesra
Meningkat persefahaman dan permuafakatan
Membawa keharmonian keluarga
BAHAGIAN TIGA - PENGURUSAN MASALAH DALAM KELUARGA
UNIT 1 - PENGURUSAN TEKANAN/STRES
Satu keadaan gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang
TANDA-TANDA TEKANAN
Perubahan fizikal
Perubahan sikap
Perubahan emosi
PERUBAHAN SIKAP
PERUBAHAN FIZIKAL
PERUBAHAN EMOSI
KESAN TEKANAN
| POSITIF | NEGATIF |
- Sumber motivasi diri
- Perubahan positif
- kecemerlangan diri
- Kuat berusaha
- Persaingan diri
- Optimis
- Keyakinan diri
| - Prestasi menurun
- Resah gelisah
- Hilang kesabaran diri
- Rasa bersalah
- Rendah diri
- Pesimis dan sensitif
- Hilang pertimbangan diri
|
KEPENTINGAN PENGURUSAN TEKANAN
Kesihatan (fizikal, mental, psikologikal, spiritual)
Mengelakkan konflik (suami isteri, keluarga, tempat kerja dll)
Menjalani kehidupan yang lebih bermakna
Mendatangkan kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara
TEKANAN MENGURUS TEKANAN
↓ ↓ ↓
| FAKTOR DALAMAN | FAKTOR ISU SEMASA | FAKTOR LUARAN |
FAKTOR DALAMAN
Keinginan melakukan yang terbaik
Ketidakmampuan memenuhi kehendak orang lain
Terlalu ideal
Tiada keyakinan diri
Putus asa/rendah diri
Terlalu menjaga kepentingan orang lain
Desakan untuk mendapat pujian/penghargaan
Kaki kerja (workholic)
FAKTOR LUARAN
Pasangan hidup (suami/isteri)
Kaum keluarga (anak, ibubapa, adik beradik, mentua, ipar dll)
Kurang pengetahuan agama
Rakan/sahabat/jiran
Perubahan sistem
Suasana/tempat/sosial
Perbezaan budaya
Pandangan negatif masyarakat terhadap saudara baru
FAKTOR SEMASA
Kegawatan ekonomi
Malapetaka/musibah
Jatuh sakit
Perubahan politik
Kehilangan orang yang disayangi
Perubahan status/kedudukan
Perpisahan dan perceraian
Hilang ltempat bergantung
TINDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN SENDIRI
Mengubah rutinhidup
Latih diri dengan situasi baru
Bertenang, sabar, abaikan
Latih berfikir secara positif
Redha dan menerima situasi
Usaha buat perubahan positif
Tingkat ibadat
Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat
Rehat, bercuti dan pindah
TEKNIK MENGURANGKAN TEKANAN
Ubahsuai amalan harian
Bersenam
Sedar tahap keupayaan diri
Seimbangkan aktiviti kehidupan
Membuat perancangan yang teratur
Pertingkatkan kemahiran/pengetahuan dalam pelbagai bidang
Pertingkatkan ibadah/taqarrub kepada Allah
Elakkan perkara yang di larang Agama/mendatangkan kemudaratan kepada diri
Dapatkan nasihat pakar
KESAN MENGABAIKAN PENGURUSAN TEKANAN
Gangguan emosi/mental/fizikal
Berlaku konflik
Hilang keceriaan hidup
Agresif
Sakit
Hilang pertimbangan/kewarasan
Tindakan merugikan diri (sendiri/orang lain)
Mendatangkan masalah kepada orang lain
Kehilangan/perceraian
Hidup tidak bermakna
Kembali kepada agama asal
Bunuh diri
UNIT 2 - PENGURUSAN KONFLIK
Satu situasi apabila hubungan, peranan, komunikasi, sikap nilai dan reaksi pasangan yang tidak sejajar dengan konsep perkahwinan Islam.
TANDA-TANDA KONFLIK
Berkurangan perasaan kasih dan mesra
Hilang ketenangan hidup
Mengabaikan perlaksanaan tanggungjawab
Pergaulan menjadi tidak baik
Berlaku halangan komunikasi
Tidak telus/berterus terang
Bersikap negatif
PUNCA-PUNCA KONFLIK
Tidak menghargai/menghormati pasangan
Menghadapi masalah kesihatan
Gagal mengimbangi kerjaya dan rumahtangga
Gagal memahami budaya kerja pasangan
Gangguan oleh faktor luaran yang negatif
Menghadapi masalah kewangan
Mengamal akhlak yang buruk
Perbezaan budaya
KESAN KONFLIK
Tekanan perasaan
Hubungan tidak mesra
Abai tanggungjawab
Pertengkaran
Penganiayaan
Perceraian
Kecurangan
BENTUK KONFLIK
NUSYUZ → KEDERHAKAAN DARIPADA SATU PIHAK
DARAR → PENGANIAYAAN FIZIKAL/MENTAL OLEH SATU PIHAK
SYIQAQ → KEBURUKAN DARIPADA KEDUA PIHAK
NUSYUZ
| SUAMI | ISTERI |
- Meninggal isteri
- Tidak melaksanakan tanggungjawab
- Melakukan kezaliman
| - Keluar rumah tanpa izin
- Tidak melaksanakan tanggungjawab
- Engkar perintah suami
|
SYIQAQ
Bertengkar
Ungkit mengungkit
Maki hamun
Saling menyalahkan
Tiada persefahaman
Melukakan perasaan
DARAR
| FIZIKAL | MENTAL |
- Pukul/tampar
- Sepak/tendang
- Pijak
- Cekik
- Tarik/tolak
- Kurung
| - Halau
- Ugut
- Ungkit/maki
- Berpoya-poya/berperangai keji
- Menghina/mengaib
- Tinggal/pulau
|
UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN DARAR/KEGANASAN RUMAHTANGGA
A. Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Ada peruntukan penganiayaan kepada isteri
Aduan kepada Bahagian Penguatkauasa Jabatan Agama Islam
Dakwa suami di Mahkamah Syariah
Hukuman : Denda atau penjara, atau kedua-dua
Perintah tegahan (injaksi)
Tuntutan cerai/fasakh
B. Akta Keganasan Rumahtangga/Domestic Violence Act
KEGANASAN RUMAHTANGGA
Ditakrifkan samada:
Secara sengaja @disedari meletakkan/cuba meletakkan mangsa dalam keadaan takut kecederaan fizikal
Menyebabkan kecederaan fizikal
Memaksa mangsa dengan paksa/ancaman untuk melakukan apa-apa tindakan seksual yang mangsa berhak tidak melakukan
Mengurung/menahan mangsa tanpa kerelaanya
Melakukan khianat/memusnahkan/kerosakan kepada harta benda
BIDANGKUASA AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA
C. Kanun Keseksaan (Panel code)
TEKNIK PENGURUSAN KONFLIK
Mengenalpasti punca masalah
Buat perubahan sikap/tingkahlaku
Mendapat khidmat kaunseling
Ubahsuai rutin hidup
Mengatasi ikut jenis konflik
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (jika mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan yang ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka"
(Surah Al-Nisa: ayat 34)
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Dan jika seorang perempuan bimbang (akan timbul) dari suaminya nusyuz kebencian) atau tidak melayaninya maka tiadalah salah bagi mereka berdua (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai)"
(Surah al-Nisa: ayat 128)
TEKNIK MENGELAKKAN KONFLIK
Kesan perubahan pasangan
Hindar buruk sangka
Tangani masalah dengan segera
Amalkan perbincangan dansifat terbuka
Bersedia membuat perubahan positif
Amalkan sikap bermaafan
Patuh hukum, undang-undang dan peraturan
Dapatkan nasihat pakar
KESAN PENGABAIAN PENGURUSAN KONFLIK
UNIT 3 - PERKHIDMATAN KAUNSELING DI JABATAN AGAMA ISLAM
KAUNSELING
Suatu proses menolong dalam pertemuan bersemuka yang melibatkan perhubungan dua hala di antara seorang yang terlatih dengan suami dan, atau isteri yang terperangkap dalam suatu keadan yang sukar di atasi.
BENTUK KAUNSELING
Individu
Bergabung/bersama
Serentak
Keluarga
Penceraian
KATEGORI KAUNSELOR DI JABATAN AGAMA ISLAM
Profesional
Spara Profesional
Tidak Profesional
PROFESIONAL
Ijazah dalam Pengajian Islam
Latihan Formal dalam Perkhidmatan Menolong (Kaunseling/Psikologi) peringkat Ijazah/Diplima Lanjutan
Pengalaman
Mempunyai Perwatakan/Personaliti yang bersesuaian
SPARA PROFESIONAL
Ijazah/Diploma dalam Pengajian Islam
Latihan Asas Kunseling/Psikologi/Kursus JangkaPendek/Sijil
Pengalaman
Memiliki Perwatakan/Personaliti yang bersesuaian
TIDAK PROFESIONAL
Mempunyai Asas dalam Pengajian Islam tetapi tidak sampai peringkat Ijazah/Diplima
Latihan asas/tiada latihan asas
Pengalaman tidak berpengalaman
Memiliki perwatakan/personaliti yang besesuaian
SUAMI ISTERI YANG MEMERLUKAN KAUNSELING
Berkonflik
Mengalami tekanan/Stres
Sukar berinteraksi dengan pasangan
Ingin berkongsi masalah
Memerlukan pengukuhana emosi
Memerlukan bimbingan/panduan
Ingin memahami peraturan/prosedur
Ingin mempertingkatkan kemahiran diri
Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga
Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga
Mengenalpasti masalah
MATLAMAT KAUNSELING
Membantu Suami Isteri
Menyelesaikan konflik
Memahami tanggungjawab
Mengubah tingkahlaku yang tidak adaptif (tidak berfaedah)
Memulihkan perhubungan
Memahami prosedur/tuntutan dan perbicaraan di mahkamah
Memahami diri sendiri dan orang lain yang signifikan (kaitan rapat)
Mempertingkatkan kemahiran diri
Membina sikap asertif (berterus-terang) serta keyakinan diri
Mengenalpasti masalah, memilih alternatif dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
Merujuk masalah kepada institusi yang tepat
TATACARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
Suami Isteri hadir di Jabatan Agama Islam Negeri mengikut tempat mastautin
Isi borang yang disediakan
Lampirkan salinan surat nikah/rujuk nikah dan kad pengenalan
Dapatkan nombor rujukan/tarikh temujanji
TANGGUNGJAWAB KLIEN
Bersedia/kerelaan sendiri
Memberikan kerjasama
Bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
Melaksanakan tindakan
Bertingkah-laku (penampilan) sopan/beradab
Bersikap jujur/ikhlas
Menghormati kaunselor
Mengelakkan bertelagah/bertengkar
Hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan (ada temujanji)
Bersabar dan bertenang
Mematuhi peraturan/undang-undang
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR
Menghormati klien
Berlaku adil/tidak bais
Sabar dan ikhlas
Tidak menghukum
Tidak banyak bercakap
Menggalakan klien bercakap
Bersedia dan menunjukkan minat
Memahami masalah klien (empati)
Mendengar dengan teliti
Berupaya mempelbagaikan alternatif
Mewujudkan suasana teraputik
Berusaha mencipta kemaslahatan
Membantu klien membuat keputusan
Menyediakan laporan yang diperlukan oleh klien
Mengelakan daripada berlakunya "transparence"
ETIKA KAUNSELOR
KAREKTOR SUAMI ISTERI SEMASA BERADA DALAM SESI
SESI KAUNSELING
Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
Sesi mengambil masa di antara 45 minit @1 jam
Dikendalikan oleh seorang kaunselor
Suami isteri dan kaunselor mempunyai peranan bagi menjayakan sesi kaunseling
PERANAN KAUNSELOR
Menjemput klien
Membuat pendahuluan
Memberi layanan yang baik
Mengenalpasti masalah
Menggalakkan klien bercakap
Mengkategorikan masalah
Menyusunikut keutamaan
Menggunakan strategi pertolongan
Mengemukakan alternatif
Membantu klien membuat pilihan dan keputusan/membuat pertimbangan
Memeriksa/mendapatkan komitmen klien
Membuat rumusan/penutup/temujanji semula
PERANAN KLIEN (SUAMI ISTERI)
Mempunyai matlamat yang jelas
Mempunyai keyakinan/kepercayaan kepada kaunselor
Bersikap jujur dalam membentangkan masalah
Mengawal diri daripada bertingkahlaku agresif/dikuasai emosi/tindakan negatif terhadap pasangan/kaunselor
Memberikan komitmen/kerjasama
Bersedia melakukan perubahan positif menerima pandangan
Bertanggungjawab kepada keputusan yang diambil
KEJAYAAN KAUNSELING
Klien memberi kerjasama
Klien bermotivasi untuk berubah
Kaunselor mempunyai ilmu kemahiran dan pengalaman
Matlamat kaunselor dan klien sama
Kaunselor mengguna strategi pertolongan yang tepat
Tempat kaunseling yang selesa dan kondusif
KEBAIKAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
Masalah dapat dikesan di atasi pada peringkat awal
Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni
Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri
Membina keluarga bahagia
Menyelesaikan konflik secara baik
UNIT 4 - PENGURUSAN TALAK/FASAKH DAN PROSEDUR PENCERAIAN
PENGERTIAN TALAK (PERCERAIAN)
Dari segi bahasa : melepaskan ikatan perkahwinan
Dari segi istilah: melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talak atau seumpamanya oleh suami kepada isteri
Firman Allah S.W.T
Maksudnya
"Talaq (yang boleh dirujuk kepada itu dhanya) dua kalil. Sesudah itu bolehlah ia (ruju' dan)memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik."
(Surah al-Baqarah; ayat 229)
HADITH TENTANG TALAQ
Sabda Rasulullah S.A.W
Maksudnya
"Tiga perkara yang dilakukan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh dan yang dilakukan dengan bergurau (main-main) dianggap bersungguh-sungguh iaitu nikah, talaq dan rujuk'"
(Riwayat Ahmad, Abud Daud Ibnu Majah, At-Tramizi, Al Hakim)
Sabda Rasulullah S.A.W
Maksudnya
"Seburuk-buruk yang halal kepada ALLAH S.W.T ialah talaq"
(Riwayat At-Tramizi dan An Nasai')
LAFAZ TALAQ
Jenis Lafaz Talaq :
LAFAZ SARIH (NYATA)
Lafaz yang jelas menunjukkan maksud talaq atau cerai maka talaknya jatuh walaupun tanpa niat.
Contohnya:
"Saya ceraikan kamu" atau Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau 2 atau 3"
LAFAZ KINAYAH (SINDIRAN)
Lafaz yang boleh jadi bermaksud talak dan lain daripadanya, talak tidak akan jatuh melainkan dengan niat cerai.
Contohnya:
"Kamu baliklah ke rumah ibu bapa kamu" atau"Saya bebaskan kamu"
CERAI TAKLIK
Lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara
Contohnya:
"Jika kamu keluar rumah ini, maka kamu tertalaq"
"Apabila kamu balik ke rumah ibubapa kamu maka jatuhlah talaq"
"Manakala saya berjudi lagi maka jatuhlah talak kamu"
TALAQ KHULU'
Perceraian dengan bayaran yang dipersetujui di antara suami dan pihak isteri
Contohnya:
"Saya ceraikan awak dengan RM 1000.00 ringgit
LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN PENCERAIAN
Menghayati tuntutan agama (ibadat) musyawarah
Amalkan sifat-sifat terpuji
Memahami emosi pasangan
Tunaikan hak dan tanggungjawab pasangan
Mengamalkan sikap saling bermaafan
Memberi perhatian dan penghargaan
Mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang memutuskan perkahwinan
Mengamalkan komunikasi berkesan
Memberi keutamaan kepada pasangan dan keluarga
Mewujudkan mawaddah dan rahmah
FASAKH
Pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu keadaan yang diharuskan oleh hukum syarak dengan kuasa (Hakim) Mahkamah
SEBAB-SEBAB YANG MEMBOLEHKAN FASAKH
Suami menghilangkan diri selama tempoh satu tahun atau lebih
Suami mempunyai penyakit berjangkit seperti AIDS
Suami cuai memberi nafkah selama tiga bulan (rujuk enakmen negeri-negeri berkaitan)
Suami mati pucuk
Murtad
Suami dengan sengaja tidak memberi nafkah batin selama satu tahun
Suami dipenjarakan selama 3 tahun
Suami menganiaya/menzalimi siteri
Suami berperangai keji
Memaksa isteri hidup secara lucah
Membuat kehidupan isteri menderita
Melupuskan harta isteri/menghalang isteri mengurus hartanya
Tidak melayan isteri dengan adil
Menghalang isteri melakukan perintah agama
IMPLIKASI FASAKH
Tidak mengurangkan bilangan talak
Pasangan tidak boleh rujuk (kecuali dengan akad perkahwinan yang baru sekalipun isteri masih dalam iddah)
Isteri wajib beriddah
Berhak mendapat tempat tinggal dalam masa iddah
LI'AN
Sumpah seorang suami bila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya
KAEDAH LI'AN
Pengurusan Li'an di dalam Mahkamah (Hakim)
Menggunakan Lafaz sumpah
Pengakuan bercakap benar
Tuduhan diulang sebanyak empat kali dan sekali sumpah
Melaknat diri sendiri jika tuduhan dusta
Isteri boleh bersumpah menafikan tuduhan sebanyak 4 kali
Kemurkaan ALLAH S.W.T ke atas isteri jika tuduhan suami benar pada kali yang ke lima
LAFAZ LI'AN (SUAMI)
"Asyhadu billahi:
Saya naik saksi dengan ALLAH S.W.T bahawa sesungguhnya isteri saya berzina (4 kali)
atau
Saya naik saksi sesungguhnya anak yang dikandung bukan dari benih saya (4 kali). Sesungguhnya ALLAH S.W.T melaknat saya sekiranya saya berdusta (4 kali)
LAFAZ ISTERI
"Asyhadu billahi"
Saya bersaksi kepada ALLAH S.W.T saya tidak berzina (4 kali)
atau
Bahawa kandungan ini dari benih suami saya (4 kali). Bahawa suami saya berdusta dan kemurkaan ALLAH S.W.T ke atas saya sekirnya suami saya bercakap benar (1 kali)
IMPLIKASI LI'AN
Suami gugur had qazaf (tidak dikenakan hukum 80 kali sebatan ke atas tuduhan tersebut)
Wajid had zina (rejam) ke atas isteri jika isteri tidak bersumpah
Pasangan bercerai selama-lamanya
Tidak boleh nasab anak kepada suami
Anak dinasabkan kepada ibu
ILA'
Sumpah seorang suami untuk tidak melakukan hubungan kelamin dengan isterinya dalam masa melebihi 4 bulan dan hukumnya haram
LAFAZ ILA'
Terbahagikan kepada 2 :
Lafaz Sarih : Lafaz yang terang dan jelas
Contoh Lafaz:
"Demi ALLAH S.W.T saya tidak akan bersetubuh dengan kamu selama lebih dari empat bulan"
Lafaz Kinayah : Lafaz yang tidak menunjukkan Ila' kecuali dengan niat
Contoh Lafaz : "Saya tidak akan sentuh kamu selama 4 bulan"
KAFFARAH ILA'
(Mengikut tertib berdasarkan surah al-Maidah: ayat 89)
Memberi makanan kepada 10 orang miskin atau
Memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau
Memerdekakan seorang hamba muslim atau
Berpuasa tiga hari
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya:
"Maka kaffarah (melanggar) sumpah itu ialah memberi makanan 10 orang miskin iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian itu, maka kaffarahnya ialah puasa selama 3 hari."
(Surah al-Maidah: ayat 89)
ZIHAR
Lafaz suami menyamakan mana-mana zahir isteri dengan anggota wanita mahram muabbad kepada suami.
KAFFARAH ZIHAR
Mengikut tertibnya
Memerdekakan seorang hamba muslim
Berpuasa dua bulan berturut-turut
Memberi makanan kepada 60 orang miskin (secupak seorang)
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Orang-orang yang menziharkan isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan perlakuan yang demikian) memperkatakan sesuatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah)sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. Orang menziharkan isteri mereka, kemudian hendak menarik balik apa yang mereka ucapkan, maka wajib keatasnya memerdekakan seorang hamba sebelum kedua orang suami-isteri itu bercampur. Demikianlah diajar kepada kamu dan Allah S,.W.T maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Barangsiapa yang tidak mendapatkan (hamba) maka wajib ke atasnya berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum kedua-duanya bercampur. Maka siapa yang tidak berpuasa wajib ke atasnya memberi makan kepada 60 orang miskin, demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah S.W.T dan Rasulnya"
(Surah al-Mujadalah: ayat 3-4)
IMPLIKASI PENCERAIAN/PEMBUBARAN PERKAHWINAN
IHDAD
Kewajipan berkabung oleh isteri yang kematian suaminya
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Dan orang-orang yang meninggal dunia diantara kamu sedang mereka meninggalkan isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama 4 bulan 10 hari
(Surah al-Baqarah: ayat 234)
PERATURAN IHDAD
Tempoh : 4 bulan 10 hari (wajib ke atas isteri)
Tidak boleh memakai perhiasan dan bau-bauan
Tidak boleh keluar rumah tanpa tujuan yang diharuskan oleh Syara'
Tidak boleh menerima pinangan
IDDAH
Tempoh menunggu bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami sebelum dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang lain
JENIS IDDAH DAN TEMPOHNYA
| KEADAAN ISTERI | TEMPOH IDDAH |
- Masih mempunyai haid
- Telah putus haid/belum putus haid
- Sedang hamil
- Kematian suami
| - 3 kali suci
- 3 bulan
- Melahirkan kandungan/keguguran
- 4 bulan 10 hari
|
RUJUK
Mengembalikan isteri yang ditalaq raj'ie kepada ikatan perkahwinan dengan lafaz tertentu
HAK/NAFKAH ISTERI YANG DICERAIKAN
Pembiayaan keperluan hidup untuk bekas isteri oleh bekas suami dalam masa iddah meliputi tempat tinggal, makanan, pakaian dan lain-lain keperluan hidup
Nafkah hanya diberikan kepada isteri yang diceraikan dengan talak raj'ie
Isteri yang mengandung wajib mendapat nafkah sekalipun diceraikan dengan talak ba'in.
MUTAAH
Pemberian saguhati yang diberikan oleh suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah
Firman ALLAH S.W.T
Maksudnya
"Hendaklah kamu memberikan 'Mutaah' (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) mengikut ukuran kemampuannya dan suami yang susah pula menurut kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan ke atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan"
(Surah al-Baqarah : ayat 236)
TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK SELEPAS PENCERAIAN
| IBU (Hadanah) | BAPA (Nafkah) |
- Penjagaan dan pendidikan anak-anak yang masih di bawah umur
- Anak lelaki 7 tahun ke bawah
- Anak perempuan 9 tahun ke bawah
- Penyusuan selama 2 tahun bagi yang masih menyusu
| - Pembiayaan keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan, pelajaran dan kebajikan
- Upah menyusu susu
|
BENTUK-BENTUK KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
- Kahwin tanpa kebenaran Pendaftar/Mahkamah
- Poligami tanpa kebenaran Mahkamah
- Perceraian luar Mahkamah
- Dengan sengaja tidak mematuhi perintah nafkah
- Melakukan penganiayaan terhadap isteri
- Rujuk yang tidak didaftarkan
- Bersekedudukan dengan bekas isteri tanpa rujuk
- Enggan hidup setelah diperintahkan oleh Mahkamah
- Isteri ingkar perintah
- Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri
- Menghina Mahkamah
- Perceraian yang tidak dilaporkan
- Perkahwinan di luar negeri yang tidak dilaporkan Pejabat Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk