Pusat Kursus Perkahwinan Pusat Bandar Damansara

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Laman Kami

TENAGA FASILITATOR/PENCERAMAH

 

Terdapat 7 orang tenaga fasilitator terlibat pada setiap sesi kursus/minggu. Kesemua mereka adalah yang terpilih dari semua sudut samada dari segi kelayakan, pengalaman dan cara penyampaiannya.  Apa yang penting ialah mereka mendapat tauliah sebagai fasilitator Kursus Perkahwinan daripada JAWI/JAKIM/JPM.  

 

  • Ustaz Nasrodin bin Mat Daud

Lepasan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada masa sekarang bertugas sebagai Pendaftar Nikah di JAWI dan sangat bersesuaian untuk bercakap mengenai PERKAHWINAN DAN PROSEDUR, NIKAH, CERAI DAN RUJUK. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang ini untuk berkongsi dengan peserta. Bersesuaian dengan tugasnya, beliau dipanggil untuk menikahkan VIP dan VVIP seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan lain-lain.

 

  • Ustaz Azman bin Mat Hassan

Berkelulusan Sarjana Muda Agama Islam (UKM) dan Master dalam bidang Pengurusan Perniagaan (MBA – Intan). Beliau bertugas sebagai Penolong Pendaftar di Bahagian Halal Haram Di JAKIM. Sebelum itu beliau bertugas sebagai Pendaftar Nikah di JAWI Labuan dan Bahagian KESUMA di JAKIM. Beliau akan membicarakan tentang PENGURUSAN STRESS DAN KONFLIK.

 

  • Ustaz Ab Kadir Derani

Seorang penceramah bebas. Sebelum itu beliau bertugas sebagai Pengurus Dakwah  di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan pegawai di LPPKN. Beliau akan bercakap mengenai Komunikasi Keluarga dan Pengurusan Sumber.  Juga merupakan salah seorang penceramah yang diminati oleh peserta-peserta kami dengan cara penyampaiannya yang cukup bertenaga dan amat tidak membosankan.

 

  • Dr. Amaludin Ab Rahman

Seorang pensyarah Kanan di Universiti Putra Malaysia. Beliau juga seorang perunding motivasi dan panel kepada beberapa program di TV3, RTM, Radio IKIM dan lain-lain dengan pengkhususan kepada program remaja. Beliau akan bercakap mengenai  tajuk Kesihatan bersesuaian dengan kelayakan beliau yang berkelulusan PHD. di bidang berkenaan.

 

  • Ustaz Mohd Ajib bin Ismail 

Bertugas sebagai Ketua Penguatkuasa di JAWI.  Sebelum ini bertugas sebagai Pendaftar Nikah di JAWI.  Pengalamannya melebihi 15 tahun sudah cukup untuk melengkapi beliau untuk membawa tajuk Ibadah & Akhlak dengan berkesan sekali.

 

 

  • Ustaz Mat Zain Che Man

Bertugas sebagai  seorang Kaunselor di Masjid Negara Kuala Lumpur dan Masjid di Bangsar.  Dengan pengalaman lebih dua     dekad berkhidmat dengan JAKIM dan kini dengan tugasnya sebagai seorang Kaunselor, beliau sering di kunjungi oleh orang ramai dengan berbagai masalah dan membantu mereka mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.  Oleh itu, bertepatan sekali untuk beliau membawa tajuk Hubungan Keluarga dan Akidah.

         

  • Ustazah Zawiah Hassan

Beliau bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian KESUMA (Bahagian Pembangunan Keluarga)  di JAKIM. Sebelum ini  beliau bertugas sebagai Pendaftar Nikah di JAWI dan  kini merupkan salah seorang ahli panel beberapa rancangan forum di RTM seperti rancangan Forum Perdana.  Tajuk-tajuk kebiasaan beliau adalah  Pengurusan Komunikasi/Konflik & Stress/Hubungan Keluarga & Akidah.

 

 

 

Mereka diatas adalah sebahagian dari penceramah yang ada untuk berkongsi pengalaman dengan peserta berpandukan Modul yang ada.