KURSUS KAHWIN KAK ANA
Terbaik di TTDI, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Click here to edit subtitle


** Ada persoalan? Sila rujuk "Frequently Asked Question" (FAQ) di bawah.
*** Jika tiada dalam senarai, isikan borang di bawah. Kak Ana akan respon kepada soalan anda.



Frequently Asked Questions (FAQ)

Q: BERAPA YURAN PENYERTAAN
A: Yuran penyertaan HANYA RM60.00 SAHAJA buat masa sekarang. Yuran ini adalah standard dan selaras untuk seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti yang diarahkan dari pihak JAWI.

Q: MAKLUMAT SIJIL PRA PERKAHWINAN
A: Sijil SAH SEUMUR HIDUP. Sijil boleh diambil di pejabat Kak Ana selepas kursus bermula hari Rabu setiap minggu. Anda juga boleh wakilkan sesiapa sahaja untuk mengambil sijil di pejabat. Selain itu, anda juga boleh mohon Kak Ana poskan sijil ke alamat anda.

Q: BAGAIMANA SESI KURSUS KAHWIN BERLANGSUNG?
A: Sesi kursus Perkahwinan ini berlangsung selama SEHARI SAHAJA secara atas talian (ONLINE) menggunakan aplikasi ZOOM. Dalam tempoh PKP ini, sesi bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Q: MACAM MANA NAK DAFTAR?
A: Anda boleh klik TEMPAHAN ONLINE di atas untuk membuat pendaftaran. Pastikan anda membaca ARAHAN & PANDUAN PENDAFTARAN sebelum memilih tarikh dan membuat bayaran.

Q: BOLEHKAH DAFTAR BERSAMA PASANGAN ATAU KAWAN-KAWAN?
A: BOLEH. Tetapi pendaftaran perlu dibuat berasingan untuk elakkan dari nama pasangan atau kawan-kawan anda hilang dari senarai pendaftaran. Oleh itu, lebih baik sekiranya pendaftaran dibuat oleh tuan badan sendiri, supaya maklumat yang diberi adalah tepat dan tiada kekeliruan semasa pendaftaran.
CONTOH: Anda daftarkan nama anda dahulu sehingga selesai pembayaran. Kemudian anda daftarkan nama pasangan/rakan anda pula sehingga selesai pembayaran.

Q: APA YANG PERLU DI HARI KURSUS PRA PERKAHWINAN?
A: Anda perlu ada aplikasi ZOOM di smartphone anda atau di komputer. Dan talian internet anda WAJIB STABIL supaya sesi ilmu ini berjalan lancar. Ketika kelas berjalan anda MESTI BUKA CAMERA sepanjang kelas supaya kehadiran anda dapat direkodkan. Tanpa bukti kehadiran, sijil tak dapat dicetak. Kursus perkahwinan ini dipantau oleh pihak JAWI.


*** Ada soalan lain? Isi borang di bawah. Kak Ana akan jawab soalan anda.

Thank you for contacting us. We will get back to you as soon as possible
Oops. An error occurred.
Click here to try again.